Menjana Pendapatan

Friday, December 2, 2011

Airmata mengalir tgk Hariz Dan Izzah


*Filem*

semalam hari pertama tayangan filem yg di adaptasi dr sebuah novel... 
...Ombak Rindu... 
aku pun tak lepaskan peluang tgk filem ni selepas fenomena teater "Badai Semalam" bulan November tu...heheee




Sinopsis Ombak Rindu...
Menjadi anak yatim piatu, dilacurkan oleh bapa saudara sendiri serta berhadapan dengan pelbagai dugaan dalam kehidupan dan cinta. Itulah antara liku-liku yang terpaksa diharungi oleh insan bernama Izzah lakonan aktres jelita, Maya Karin dalam filem terbarunya, Ombak Rindu.
Izzah (Maya Karin), gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, ayah saudaranya, Taha, mengambil tugas memelihara Izzah.  Pada masa sama, Pak Cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam.
mk1 SINOPSIS FILM OMBAK RINDU | VIDEO FILM OMBAK RINDU | GAMBAR MAYA KARIN
Di situlah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz (Aaron Aziz). Hariz sanggup ‘membeli’ Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan mahu membawa dia keluar dari neraka jahanam itu.

mk2 SINOPSIS FILM OMBAK RINDU | VIDEO FILM OMBAK RINDU | GAMBAR MAYA KARIN
Atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah, tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.
mk3 SINOPSIS FILM OMBAK RINDU | VIDEO FILM OMBAK RINDU | GAMBAR MAYA KARIN

Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?




betul2 tersentuh tgk crite ni... boleh rasa terseksanya jiwa raga si izzah tu...fuhhh!!! aku tercari2 gak part mane yg sedeh yg betul2 boleh mengalir air mata... tgk aaron a.k.a Hariz tu mengalir airmata tak lah sedeh sgt pd aku... tp aku cam tak percaya aaron betul2 menangis dlm filem ni... bukan cebek2 biasa je... mmg dia betul2 sedeh...


aku sedeh part seorang isteri di tinggalkan suaminya dgn hanya mendengar fitnah dr ibunya sendiri. tanpa usul periksa dia gantung izzah tak bertali. dlm masa sama dia tak tahu izzah mengandung zuriat dia... dan izzah hampir2 keguguran.


tak nak crite lebeh2... sape belum tgk lg...kena pegi tgk... kalau tak sempat pun... mesti langgan astro first nanti tau... aku pun rasa nk langgan astro first nak tgk dgn en.suami... :)dan arini aku rasa nk pegi cari novel yg cover dia same dgn cover filem tu.. yg ade muka aaron, maya karin n lisa tu. sbb tak puas hati klau tak baca novel. filem tu lain skit dr novel. baca sinopsis, mak pak dia meninggal sbb eksiden... dlm filem tu izzah kate mak pak dia hilang kat laut... kalau ade rezeki, nak beli novel tu... :)


*Ulang Tahun Perkahwinan Kami*

Hari ni, 5 tahun yang lalu... 02 December 2006, tepat jam 9.10 malam ma sah menjadi isteri pa dgn sekali lafaz. pa ingat tak???  Harapan ma agar ikatan ini kekal hingga akhir hayat ma...tiada lelaki lain selain pa yg layak sebagai suami ma... melainkan ketentuan dari Tuhan..
Semoga sentiasa kekal bahagia bersama hingga ke alam syurga sayang...
ma sayang pa sangat2... tak dapat bayangkan kalau pa tak de dlm hidup ma... dan terima kasih sebab sudi terima diri ini seadanya... terima kasih sudi bimbing dan tegur diri ma... terima kasih sebab beri ma puteri dan putera yang comel. terima kasih beri ma nikmat yang tak terhingga dlm rumahtangga yang indah ini... pahit manis kita harungi bersama... InsyaAllah... Semoga kasih sayang pa pada ma kekal selamanya... Syukur Ya Allah. Terima Kasih Ya Allah kurniakan aku seorang suami dan anak2... Mereka hadiah yang tak ternilai dr Mu Ya Allah... Amin Ya Rabbal Alamin...







2 comments:

  1. masih mood ombak rindu ke yantie ucapan anniversary pun ala2 ombak rindu dah. heheh.. lama dah tak tgk cerita wayang dan menangis. selalu tgk hindustan je menangis. kalau tak nangis tu mcm 1 kerugian. so mmg akan cari time utk tgk. dah lama baca novel dia. so mcm ingat2 lupa. tp watak2 dia ingat lah. hopefully dpt tgk kat wayang la.

    ReplyDelete
  2. hahaa a'ah la alya.. sampai hari ni masih mood ombak rindu...hehehh
    tak pe...lau x smpat pun tgk kat umah mlm2 dgn en.wan pun best jugak... sure dua2 leleh. sbb td bace sorg girl ni dgn bf dia menangis skali...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Fish

♥Followers yg comel♥

Saya Dan Baby Oleh Cik Awynn

A.K.U.D.I.A.&.P.O.L.C.A.D.O.T.S.H.A.W.L.S